Pra Seminar

Tarikh:21 Julai 2008 (Isnin)

Tempat: Memorial Tunku Abdul

Rahman Putra

 

Pasca Bengkel

Tarikh:28 Julai 2008 (Isnin)

Tempat: Auditorium Arkib Negara Malaysia

 

Yuran Pendaftaran:

Percuma

 

Tarikh Tutup Pendaftaran:

14 Julai 2008

 

Sebarang Pertanyaan:

En. Ahmad Sukri Abdul Kadir

sukri@arkib.gov.my

03-62010688 samb. 5790

 

Cik Hasfiza Abdulllah

hasfiza@arkib.gov.my

03-62010688 samb. 5819

 

 

Dianjurkan Oleh:

 

             Arkib Negara Malaysia

 

 

 

Pra Seminar & Pasca Bengkel Sempena Kongres Arkib Antarabangsa ke-XVI

21 & 28 Julai 2008

....................................................

 

Arkib Negara Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada Kongres dan Perhimpunan Agung Majlis Arkib Antarabangsa (International Council on Archives - ICA)  kali ke XVI yang dijangka akan dihadiri oleh 2,000 orang peserta dari seluruh dunia.

 

Kongres ini dianjurkan oleh ICA setiap 4 tahun merupakan satu perhimpunan terbesar dan berprestij bagi pegawai-pegawai arkib dari seluruh dunia untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan bidang kearkiban. Tema yang dipilih untuk Kongres pada kali ini adalah "Archives, Governance and Development: Mapping Future Society".

 

Sempena dengan Kongres ICA yang akan diadakan di KLCC pada 22-27 Julai 2008, Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Seminar Sehari sebelum (21.7.2008) dan selepas (28.7.2008) kongres tersebut.

 

Seminar Sehari ini akan memberi peluang kepada para peserta untuk mendapat maklumat dalam pelbagai aspek pengurusan rekod dan arkib daripada penceramah-penceramah pakar dari luar negara.

 

Pra Seminar& Pasca Bengkel | Pra Seminar | Pasca Bengkel