| Mendapat gelaran sebagai " Bapa Pendidikan Malaysia kerana jasa dan sumbangannya dalam bidang pendidikan. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia. Demi mempertingkatkan mutu pendidikan Negara beliau telah menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1966 dan Laporan Abdul Rahman Talib pada 1960. Disamping itu juga beliau telah menduduki beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengkaji atau mengubah sistem pelajaran di saat-saat sebelum dan selepas Negara mencapai kemerdekan. Di antaranya termasuklah Jawatankuasa Menyiasat Mogok Sultan Idris Training Kolej pada tahun 1950, Jawatankuasa Barnes tahun 1951, Jawatankuasa Kerajaan Menyiasat Kelemahan Murid-murid Melayu di dalam memasuki Sekolah-sekolah Menengah yang mana dipengerusi oleh beliau sendiri. Sehingga kini sebanyak 771 bahan meliputi pelbagai document seperti gambar, keratan akhbar, terbitan dan sebagainya telah di simpan dan di pelihara dengan rapi di Arkib Negara. |