|
 |
|
<<
Publications |
|
|
|
Poskad |
|
|
|
 |
Set poskad ini mengandungi
12 keping koleksi poskad berkaitan Negeri-Negeri Selat.
Set poskad ini dipilih khas dari koleksi poskad Arkib
Negara Malaysia dan National Archives of Singapore.
Tahun diterbitkan : 2004
Harga : RM10.00 |
|
|
Buku-buku |
|
 |
Buku ini mengumpul maklumat
mengenai perkhidmatan awam.Ditulis dalam bentuk memoir
bagi memberi kesedaran kepada generasi akan datang
mengenai peranan perkhidmatan awam dalam pembangunan
negara.
Tahun diterbitkan : 2000
Harga : RM25.00 |
|
|
|
|
 |
Buku Sepanjang
Riwayatku memaparkan sejarah hidup peribadi seniman
Agung Tan Sri P. Ramlee. Judul buku ini diambil sempena
lagu ciptaan dan nyanyiannya. Buku bergambar ini
menampilkan gaya P.Ramlee dalam kehidupan peribadinya
seperti bersama keluarga, rakan, peminat,
aktiviti-aktiviti seni, hobi, penerimaan anugerah,
penulisan, penerbitan serta detik-detik kembalinya
kerahmatullah.
Tahun diterbitkan : 2004
Harga : RM20.00 |
|
|
|
|
 |
Buku ini diterbitkan
sebagai kesinambungan kepada Bengkel Lagu-lagu P.Ramlee
yang telah diadakan pada tahun 2003. Buku ini
mengandungi 220 senikata lagu dan dibahagikan kepada 3
kategori iaitu lagu-lagu ciptaan Allahyarham P.Ramlee
yang dinyayikan oleh beliau sendiri, lagu-lagu beliau
yang didendangkan oleh penyanyi lain serta lagu-lagu
gubahan pencipta lain yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
Buku ini diterbitkan dengan harapan lagu-lagu
Allahyarham P.Ramlee bukan sahaja kekal sebagai warisan
sejarah negara malah membuktikan betapa kreatifnya
Allahyarham dalam menghasilkan lagu-lagu yang bukan
hanya mengalun jiwa dan menusuk kalbu malahan masih
diminati sehingga kini.
Tahun diterbitkan : 2004
Harga : RM34.00 |
|
|
|
|
 |
Buku ini merupakan
kombinasi 31 himpunan kertas kerja yang telah
dibentangkan dalam Simposium karya Seni Seniman Agung
Tan Sri P.Ramlee pada 11 hingga 13 Jun 2002 di Hotel
Palace of The Gorden Horses, Kuala Lumpur. Buku ini
boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang bermanfaat
kepada penyelidik dan orang awam yang ingin mengetahui
secara mendalam mengenai P.Ramlee
Tahun diterbitkan : 2004
Harga : RM35.00 |
|
|
|
|
 |
Buku ini merupakan hasil
kerjasama di antara Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara Singapura melalui
Pameran Negeri-negeri Selat Melalui Poskad yang telah
dilancarkan di Melaka pada 20 September 2004 dan di
Singapura pada 1 Disember 2004. Buku ini mengandungi
gambar-gambar poskad yang disimpan di Arkib dari
kedua-dua negara yang turut dipamerkan di pameran
tersebut.
Tahun diterbitkan : 2005
Harga : RM75.00 |
|
|
|
|
 |
HARI INI DALAM SEJARAH
JILID I
Buku ini diterbitkan
berdasarkan kepada skrip daripada rancangan "Hari Ini
Dalam Sejarah" yang disiarkan oleh RTM pada tahun 1980,
dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia. Ia mengandungi
ulasan mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah yang
berlaku bagi bulan Januari hingga Mac dengan illustrasi
dalam bentuk gambar dan filem mengenai
peristiwa-peristiwa tersebut.
Tahun diterbitkan: 1981
Harga: RM 12.00 |
|
|
|
|
 |
HARI INI DALAM SEJARAH
JILID II
Buku Jilid II ini
memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan
April, Mei serta Jun dan disiarkan menerusi RTM pada
tahun 1981.
Tahun diterbitkan: 1982
Harga: RM 15.00 |
|
|
|
|
 |
HARI INI DALAM SEJARAH
JILID III
Buku Jilid III ini
memuatkan peristiwa-peristiwa bagi bulan Julai, Ogos dan
September dan di antara peristiwa bersejarah yang
terdapat dalam bulan ini ialah Penubuhan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (1.7.1896), Pilihanraya Persekutuan
Yang Pertama (27.7.1955), Kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu (31.7.1959) dll.
Tahun diterbitkan: 1983
Harga: RM 15.00 |
|
|
|
|
 |
HARI INI DALAM SEJARAH
JILID IV
Jilid IV ini merupakan siri
terakhir bagi penerbitan skrip-skrip Hari Ini Dalam
Sejarah yang telah disiarkan melalui RTM sepanjang tahun
1980. Jilid ini mengandungi peristiwa-peristiwa bagi
bulan Oktober, November dan Disember. Terdapat juga
beberapa buah skrip 1981 di dalam jilid ini.
Tahun
diterbitkan: 1986
Harga: RM 12.00 |
|
|
|
|
 |
HARI
INI DALAM SEJARAH JILID V
Buku ini mengandungi
skrip-skrip rancangan HIDS yang telah disiarkan oleh RTM
bagi bulan Januari hingga Mac 1982. Di antara peristiwa
menarik yang terdapat dalam buku ini ialah pengeboman
Muzium Negeri Selangor, urutan peristiwa pertukaran nama
Telok Anson, penubuhan UTM dll.
Tahun diterbitkan: 1987
Harga: RM 12.00 |
|
|
|
|
 |
HARI
INI DALAM SEJARAH JILID VI
Seperti jilid-jilid yang
lalu, buku HIDS Jilid VI ini mengandungi semua skrip
yang telah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia yang
dipilih bagi bulan April hingga Jun tahun 1981-1985.
Tahun diterbitkan: 1990
Harga: RM 15.00
|
|
|
|
|
 |
HARI INI DALAM SEJARAH
JILID VII
Skrip-skrip yang
diterbitkan dalam Jilid VII ini adalah gabungan
tajuk-tajuk skrip yang dipilih bagi bulan Julai hingga
September 1980-1984. Antara peristiwa menarik yang
dipaparkan ialah peristiwa Persidangan Raja-raja Melayu
(Durbar), Maharaja Abu Bakar ditabal sebagai Sultan,
Penubuhan ASEAN dan Pemisahan Singapura dari Malaysia.
Tahun diterbitkan: 1994
Harga: RM 15.00 |
|
|
Page
1 2
3
|
|
Sebarang
pertanyaan dan pembelian boleh dirujuk di :
Unit
Penerbitan dan Percetakan,
Arkib Negara Malaysia
dengan
menghubungi;
Puan Noriah Mohd Noor
03-62010688 sambungan 5930
noriahm@arkib.gov.my
Cik Shahida Mohd Salleh
03-62010688 sambungan 5935
shahida@arkib.gov.my
|
|
|
|
|
|
|
|
|