|
Memorial
Pengisytiharan Kemerdekaan dibuka dengan rasminya oleh
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1985.
Penubuhan Memorial ini adalah untuk mengenang dan
memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan
dan kemerdekaan tanahair membebaskan Negara dari
cengkaman penjajah yang silih ganti. Pejuangan yang
bermula seawal tahun 1511 mengambil masa 446 tahun dan
diakhiri dengan pengisytiharan Kemerdekaan Negara pada
tanggal 31 Ogos 1957. Memorial ini mengimbau sejarah
perjuangan kemerdekaan dengan memaparkan pelbagai bahan
seperti dokumen, gambar, cenderamata, keratan akhbar,
pakaian rasmi, pen, keris, cop mohor, peti undi dan
audiovisual. |
|
 |
|
Bahan-bahan
pameran dipamerkan mengikut sektor-sektor tertentu bagi
memudahkan pelawat mengetahui dan memahami liku-liku
perjuangan kemerdekaan negara. Sektor-sektor tersebut
ialah Sektor Pengenalan dan Pertuanan Melayu, Sektor
Menghadapi Cabaran Kuasa Asing, Sektor Kebangkitan
Semangat Kebangsaan, Sektor Menentang Malayan Union,
Sektor Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Sektor
Menghadapi Gerakan Komunis, Sektor Ke Arah Kemerdekaan,
Sektor Kemerdekaan, Sektor Raja Berpelembagaan, Sektor
Ketua Negara, Negeri dan Kerajaan dan Sektor Penubuhan
Malaysia. Selain dari itu, terdapat juga kereta Merdeka
1957 serta dua buah kereta perisai yang digunakan semasa
Darurat dipamerkan di bahagian luar bangunan Memorial. |
|
Memorial ini
ditempatkan di bangunan yang asalnya dikenali sebagai
Malacca Club yang telah dibina sekitar tahun 1911 dan
senibinanya memperlihatkan ciri-ciri adunan unsur-unsur
tempatan dan British. Bangunan ini dipilih kerana ianya
terletak di hadapan Padang Banda Hilir Melaka; tempat di
mana YTM Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh
kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdela dari London.
Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Februari 1956 ini
merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan
kemerdekaan Negara. |
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
Jalan Parameswara |
|
75000, Melaka |
|
Tel: 06-2841231 |
|
Faks: 06-2829730 |
|
Waktu Lawatan |
|
Selasa-Ahad |
|
10.00 pg-5.30
ptg |
|
Jumaat |
|
10.00
pg-12.00tgh |
|
3.00 ptg-5.30 ptg |
|
Masuk Percuma |
|
Memorial ini ditutup setiap hari Isnin
kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah. |
|
 |
 |
|
|
|
|
|