- Memastikan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Bahan Pandang Dengar Negara menjadi sebuah institusi unggul bagi perolehan, pemeliharaan dan penggunaan bahan pandang dengar.
- Memastikan perolehan koleksi dan surat persendirian dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.
- Memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan.
- Memastikan panducari yang komprehensif disediakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan peralihan data serta pemeliharaan bahan arkib digital dilaksanakan secara berterusan mengikut piawaian yang ditetapkan.