Objektif Bahagian
- Memastikan dasar, halatuju dan strategi Arkib Negara adalah mantap dan berkesan;
- Memastikan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan kearkiban dan pengurusan rekod berjalan dengan lancar serta mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Arkib Negara;
- Memastikan pegawai dan kakitangan Arkib mempunyai tahap kompetensi dalam bidang pentadbiran arkib dan pengurusan rekod mengikut kesesuaian tempoh perkhidmatan pegawai berkenaan;
- Memastikan pegawai dan kakitangan di pejabat awam mempunyai kesedaran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan rekod; dan
- Memastikan kerjasama dan sinergi diwujudkan antara Bahagian dalam penyediaan produk dan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan bernilai tambah.