Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka

Pada 30 Ogos 1957, tepat jam 6.30 petang bertempat di Padang Banda Hilir, Melaka telah berlangsung upacara menurunkan bendera Union Jack. Penurunan bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di Melaka selama 133 tahun. Bendera ini  diturunkan oleh dua orang anggota dari kapal perang kecil, H.M.S. Saint Bride’s Bay dengan diiringi oleh tiupan serunai.  Bendera Union Jack ini kemudiannya diserahkan kepada Resident Commissioner,  Tuan H.G. Hammett yang terdahulu daripada itu telah menerima  tabik  hormat  daripada  pasukan  pancaragam  batalion  pertama  Rhodesian Rifles.  Upacara bersejarah yang menyaksikan Melaka dan seluruh Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah ini telah disaksikan oleh ribuan orang ramai yang membanjiri Padang Banda Hilir, Melaka.

 

Acara menurunkan bendera Union Jack di Padang Banda Hilir, Melaka, 30 Ogos 1957.