Disclaimer;
"Content in english is being translated"
** Content is in the process of translation, please be informed. **
Rentetan Peristiwa ( 6 Jun-21 Julai 1948 )
| TARIKH | PERISTIWA |
| 6 Jun | Pesuruhjaya Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis. |
| 12 Jun | Tiga orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh lima orang pengganas komunis. |
| 14 Jun | Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang Eropah. |
| 15 Jun | Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku. |
| 16 Jun | Tiga orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan Johor. |
| 17 Jun | Darurat diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA. Peladang dan pekerja estet diberi perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Jeram Choh, Johor. |
| 21 Jun | Polis membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap. |
| 28 Jun | Peraturan Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau, Pahang. |
| 29 Jun | Pengganas menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar Balai Polis dan merampas barangan di kedai-kedai. |
| 1 Julai | Pegawai jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak. |
| 5 Julai | Polis dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis. |
| 7 Julai | Serangan udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara. |
| 8 Julai | Salah seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor. |
| 9 Julai | Dua peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban. |
| 10 Julai | Polis dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas komunis dan menawan 19 orang pengganas di Kuala Lumpur. |