The 1957 Cabinet The 1957 Cabinet

kabinet 1957,9a
 
Gambar barisan kabinet Persekutuan yang pertama selepas merdeka, 1957:
Duduk dari kiri : En. Abdul Aziz bin Ishak (Menteri Pertanian); Dr. Ismail bin Dato' Ab. Rahman (Menteri Tidak Berportfolio merangkap Wakil ke Pertubuhan-pertubuhan Bangsa Bersatu); Dato Abdul Razak bin Dato Hussain (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan);  Tunku Abdul Rahman Putra (Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar); Kol. Sir Henry H.S Lee (Menteri Kewangan); En. V.T. Sambanthan (Menteri Kesihatan) ; dan En. Sulaiman bin Dato Abdul Rahman (Menteri Dalam Negeri dan Keadilan).
Berdiri dari kiri : En. Sardon bin Haji Jubir ( Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi); En. Ong Yoke Lin ( Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat); En. Mohamed Khir Johari (Menteri Pelajaran); En. Bahaman bin Samsudin (Menteri Sumber Asli); dan En. Abdul Rahman bin Haji Talib (Menteri Pengangkutan). En. Tan Siew Sin (Menteri Perdagangan dan Perusahaan) tiada dalam gambar.
Sumber : Gambar ANM (2007/61893).
 
kabinet 1957,9b
Mesyuarat pertama menteri Kabinet Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur, 10.9.1957.
Duduk dari kiri : En. Abdul Aziz bin Ishak (Menteri Pertanian); En. V.T. Sambanthan (Menteri Kesihatan) ; Dato Abdul Razak bin Dato Hussain (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan); Tunku Abdul Rahman Putra (Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar) ; Kol. Sir Henry H.S Lee (Menteri Kewangan) ; En. Sulaiman bin Dato Abdul Rahman ( Menteri Dalam Negeri dan Keadilan) ; En. Sardon bin Haji Jubir ( Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi).
Berdiri dari kiri: En. Ong Yoke Lin ( Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat); En. Abdul Rahman bin Haji Talib (Menteri Pengangkutan) ; En. Mohamed Khir Johari (Menteri Pelajaran), En. Tan Siew Sin (Menteri Perdagangan dan Perusahaan); En. Bahaman bin Samsudin (Menteri Sumber Asli). Dr. Ismail bin Dato' Ab. Rahman (Menteri Tidak Berportfolio merangkap Wakil ke Pertubuhan-pertubuhan Bangsa Bersatu) tiada dalam gambar.
Sumber : Gambar ANM (2001/28791)
<<back