| Galeria Sri Perdana menampilkan konsep residensi di mana sebahagian besar ruang-ruang penting dikekalkan, manakala yang lainnya diubahsuai menjadi ruang pameran. Bersesuaian dengan konsep residensi, sebahagian besar struktur bangunan dan hiasan dalaman dikekalkan sebagaimana asal. Pengunjung yang datang ke sini akan dapat melihat sendiri kediaman rasmi seorang pemimpin tertinggi negara. Ia bertujuan mendekatkan lagi hubungan rakyat dengan pemimpin secara amnya dan memudahkan pelawat mengenali Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah secara peribadi khususnya. Selain itu, pengunjung dapat melihat dan menghayati jasa, sumbangan dan perjuangan beliau dan keluarga menerusi bahan-bahan yang dipamerkan. Pameran luar bangunan juga dikekalkan dengan landskap-landskap seperti mana semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad tinggal di sini. Tahukah anda Tun Dr. Mahathir berbakat dalam bidang pertukangan? Datanglah sendiri menyaksikan hasil pertukangan Tun Dr. Mahathir. Banyak lagi yang menarik boleh ditemui jika anda berkunjung ke sini |