Kad Rokok Bergambar Bangunan Bersejarah Kad Rokok Bergambar Bangunan Bersejarah

Kad rokok ini berjumlah 24 keping semuanya yang memaparkan bangunan bersejarah semasa era Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bangunan-bangunan ini ialah  Birch Memorial Ipoh Perak, Victoria Memorial and Theatre Singapura, Station Road Ipoh Perak, The Dutch Stadhaus Malacca, Bangunan Kerajaan Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Bangunan Kerajaan Kuala Lumpur dan lain-lain.

1.The Birch Memorial, Ipoh , Perak, Federated Malay States  - 2009/0004505

 

Bangunan ini didirikan untuk memperingati J.W.W. Birch iaitu Residen British pertama di Perak yang mati dibunuh pada tahun 1875. Bangunan ini melambangkan kemajuan yang telah di capai oleh Malaya dari dulu hingga kini. Keadaan  di Malaya sekarang adalah aman dan hubungan dengan kaum Melayu bertambah baik.

2. Victoria Memorial and Theatre, Singapore Straits Settlements. – 2009/0004508

Singapura merupakan pusat kegiatan bagi perdagangan di Timur, mempunyai ramai penduduk berbangsa Eropah dan terkenal dengan bangunan moden.


Mukasurat: 1  2  3  4  5  6