Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan

YTM Tunku Abdul  Rahman Putra,  Ketua  Menteri Persekutuan  Tanah  Melayu  telah  dianugerahkan  dengan  gelaran ‘Bapa Kemerdekaan Tanah Air’ pada 29 Ogos 1957. Penganugerahan gelaran ini dipersetujui hasil daripada Persidangan  Agong  UMNO yang berlangsung pada 29 hingga 30 Jun 1957. Pengurniaan gelaran ini secara rasmi telah diadakan pada malam 30 Ogos 1957 di  Padang  Kelab  Selangor. Anugerah gelaran ini  merupakan  penghargaan  kepada  Tunku  Abdul  Rahman  Putra sebagai mengenang jasa perjuangan Tunku dalam membebaskan  tanah air  daripada  cengkaman  penjajahan  Inggeris.

 

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaan.