Copyright © Arkib Negara Malaysia. Webmaster

PERUTUSAN KETUA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA

Saya ingin mengalu-alukan kedatangan para ahli arkib dan para professional dalam bidang pengurusan maklumat ke Kongres ICA yang Ke-16 di Kuala Lumpur pada 22-25 Julai 2008. Saya amat berbangga kerana Arkib Negara Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan kongres yang amat berprestij ini, yang kebetulan bersamaan dengan Ulangtahun SARBICA (South East Asia Regional Branch of ICA) yang Ke-40 dan juga Ulangtahun ICA yang Ke-60. Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan kongres yang bersejarah lagi bermakna ini.

Bahan-bahan arkib telah diabaikan di kebanyakan negara, namun bidang ini telah jauh memberi banyak kesan kepada setiap aspek dalam kehidupan kita. Tema untuk kongres kali ini ialah “Arkib, Urus Tadbir dan Pembangunan: Halatuju Masyarakat Masa Depan” amat bertepatan dan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Kita semua harus bekerjasama dan berusaha untuk mewujudkan kepentingan arkib di kacamata masyarakat kita. Dijangka seramai 1500 orang akan menyertai kongres ini dari dalam dan juga luar negara yang akan menyaksikan pelbagai aktiviti yang berketepatan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Kongres ini bertujuan untuk membawa penceramah-penceramah terkemuka dari seluruh pelusuk dunia dan juga dari Malaysia. Ia akan menjadi satu landasan yang berkesan untuk perbincangan berkaitan isu-isu, keadaan semasa dan juga perkembangan dalam bidang arkib serta pengurusan rekod. Ini turut membantu dalam mempertingkatkan jaringan global dan perkongsian sumber ilmu untuk tujuan kebaikan bersama. Diharapkan perbincangan dalam kongres ini akan membawa kebaikan kepada seluruh sejagat.

Di sini saya juga ingin menggalakkan anda untuk merancang perjalanan anda dengan lebih awal dan teratur agar anda dapat menikmati kepelbagaian budaya dan bahasa kaum-kaum di Malaysia melalui pakej-pakej yang telah kami sediakan seperti Program Sosial yang merangkumi aktiviti luar dan juga dalam. Aktiviti luar termasuklah 'Social Trip', 'Excursion' dan 'Profesional Visit" di mana peserta dan juga pengiring akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan diluar kawasan Kuala Lumpur. Selain itu terdapat juga Mini Cinema di mana peserta dan juga pengiring boleh menonton dokumentari mengenai Malaysia dan juga aktiviti kebudayaan, kesenian dan tarian tradisional yang disediakan. Terdapat juga aktiviti di luar Convention Centre di mana pengiring boleh melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Anda juga boleh memilih pakej-pakej lawatan yang menarik seperti yang ditawarkan dalam pakej “Tahun Melawat Malaysia”.

::22 July 2008 - 25 July 2008 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)::

 

Arkib Negara Malaysia
Jalan Duta
50568 KUALA LUMPUR,
Malaysia
Tel. : 603 6201 0688
Fax : 603 6201 3720

Hubungi Kami
Sidek Jamil
Naib Presiden Kanan ICA
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia