Pelupusan Rekod Pelupusan Rekod

Selaras dengan Seksyen 25, 26 dan 27 Akta Arkib Negara 2003, Arkib Negara adalah bertanggungjawab memantau, merancang dan melaksanakan program pelupusan rekod di kementerian, Jabatan dan agensi awam.  Dalam hal ini Pelupusan Rekod adalah bermaksud cara menguruskan pengasingan rekod untuk tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya. Ia meliputi semua jenis dan format rekod termasuk rekod elektronik.

Kumpulan rekod yang boleh dilupuskan ialah seperti berikut:

  • Rekod-rekod awam yang telah tamat tindakan
  • Telah mencapai tempoh simpanan yang ditetapkan dalam Jadual Pelupusan Rekod
  • Keadaan fizikal rekod-rekod tersebut tidak mengizinkan pemeliharaannya
  1. Permohonan Pelupusan Bagi Rekod Awam Yang Belum Mempunyai Jadual
    • Kementerian/Jabatan/ Agensi Kerajaan hendaklah membuat pengasingan bagi rekod-rekod tidak aktif dan tamat tindakan mengikut susunan kategori, siri, tahun dan nombor seturut.
    • Rekod-rekod yang telah diputuskan untuk dilupuskan hendaklah disenaraikan dalam Borang PermohonanPelupusan Rekod seperti berikut mengikut jenis rekod:-

    • Subjek   Versi
       Borang Arkib 3/08 : Borang Permohonan Bagi Pemusnahan Rekod Elektronik PDF       Doc
       Borang Arkib 5/08 :
       Borang Permohonan Bagi Pelupusan Fail (Yang Tidak DiNyatakan Dalam Jadual Pelupusan Rekod)
      PDF      Doc
       Borang Arkib 6/08 :
       Borang Permohonan Bagi Pelupusan Rekod Kartografi (Yang Tidak DiNyatakan Dalam Jadual
       Pelupusan Rekod)
      PDF     Doc
       Borang Arkib 7/08 :
       Borang Permohonan Bagi Pelupusan Rekod Seni Bina (Yang Tidak DiNyatakan Dalam Jadual Pelupusan Rekod)
      PDF     Doc
       Borang Arkib 8/08 :
       Borang Permohonan Bagi Pelupusan Rekod Pandang Dengar (Yang Tidak DiNyatakan Dalam Jadual
       Pelupusan Rekod)
      PDF     Doc
       Borang Arkib 9/08 :
       Borang Permohonan Bagi Pelupusan Rekod Terbitan Dan Bahan Bercetak (Yang Tidak DiNyatakan
       Dalam Jadual Pelupusan Rekod)
      PDF   Doc
       Borang Arkib 10/08 :
       Borang Permohonan Bagi Pelupusan Rekod Elektronik (Yang Tidak DiNyatakan Dalam Jadual
       Pelupusan Rekod)
      PDF   Doc
       Borang Arkib 11/08 : Borang Permohonan Bagi Pemindahan Rekod Awam PDF   Doc
       Borang Arkib 12/08 : Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam PDF   Doc
       Borang Arkib 13/08 : Penentusahan Pemusnahan Rekod Kewangan Dan Perakaunan PDF   Doc

       

      NOTA :  Untuk membaca dokumen-dokumen PDF, anda memerlukan perisian Acrobat Reader  yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini :

      Get Adobe

Mukasurat: 1  2  3  4