PERKHIDMATAN PUSAT REKOD
Pusat Perkhidmatan Rekod berperanan didalam perkara berikut;
- Menguruskan penerimaan dan pemprosesan rekod-rekod rasmi kerajaan;
- Menyediakan kemudahan ruang simpanan sementara dan menyenggara rekod-rekod bernilai kekal yang berumur kurang daripada 25 tahun;
- Menawarkan khidmat rujukan jabatan dan pengembalian rekod awam, khusus kepada jabatan pemindah, selaras dengan Seksyen 35 Akta Arkib Negara 2003; dan
- Memberi khidmat kepakaran kepada agensi kerajaan di dalam penubuhan, penyenggaraan dan pengendalian Pusat Rekod Agensi.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Perkhidmatan Rekod di Petaling Jaya atau mana-mana Cawangan Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.
SISTEM PENGURUSAN REKOD SECARA ELEKTRONIK (ERMS)
Arkib Negara Malaysia memberikan khidmat nasihat tentang pengurusan rekod dalam persekitaran elektronik dengan menggunakan aplikasi ERMS. Antaranya ialah;
- keperluan menggunakan aplikasi ERMS yang akur kepada spesifikasi sistem yang dibangunkan oleh ANM.
- Pengurusan rekod disepanjang kitaran hayat iaitu pengwujudan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan.
- Kepentingan metadata dalam pewujudan rekod yang boleh digunakan bukti yang sahih.
- Memperolehi rekod-rekod elektronik yang bernilai untuk disimpan dalam repositori digital Arkib Negara Malaysia (Archival Management System)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Rekod Elektronik Arkib Negara Malaysia atau mana-mana Cawangan Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.