Kad Rokok bergambar Perlombongan Kad Rokok bergambar Perlombongan

Terdapat 4 keping kad rokok yang menunjukkan industri perlombongan di Malaya itu peralatan dan jentera yang digunakan pada masa tersebut.

1.Malayan Tin Mine – 2007/0047481

Bagi sesetengah negara, mengorek merupakan satu kaedah yang digunakan yang paling ekonomi dan berkesan untuk melombong bijih timah. Dengan menggunakan kapal korek, bijih timah yang berada di dasar dapat digali.

2. Tin – Dredge in a Malayan Mine – 2007/0047483

Pada pertengahan tahun 1928, terdapat 81 kapal korek yang  beroperasi di Malaya, 15 kapal korek masih di dalam pembinaan dan 11 lagi sedang ditempah.  Pada tahun 1927 kaedah melombong telah menghasilkan 12,501 tan bijih timah dan pengeluarannya meningkat dari semasa ke semasa.

3.Steam Navvy at Work in Tin Mine, Malaya – 2007/0047491

Malaya membekalkan sekitar satu pertiga daripada keperluan timah sedunia. Telah banyak penggalian lombong besar telah dibuat. Di Lombong Nahat misalnya, lebih daripada 5,000.000 meter padu telah digali sejak tahun 1912, sementara di Lombong Sungei Besi sepanjang 12 2.180 kaki panjang, 794 kaki lebar dan 100 kaki  ke dalam. Kedua-dua lombong ini digunakan dengan jayanya.

4.Transporting Pipes by Elephant on a Malayan Tin Mine – 2007/0047487

Di sesetengah daerah dalam keadaan tertentu, gajah digunakan sebagai pengangkutan untuk membawa peralatan dan mesin, muatan yang boleh dibawa oleh seekor gajah ialah seberat 800 paun bergantung kepada jenis muatan.