Kad Rokok Bergambar Pertanian Kad Rokok Bergambar Pertanian

Koleksi kad rokok ini berjumlah 23 keping kesemuanya yang bergambar industri pertanian di Malaya seperti pokok kelapa, pokok nipah, nenas, padi dan lain-lain. Terdapat gambar-gambar menarik yang menunjukkan cara hidup atau punca pendapatan masyarakat pada masa tersebut.

1. Sterilising Plant, Oil Palm Estate, Malaya  - 2007/0047474

Buah kelapa sawit ini mestilah disterilkan terlebih dahulu secepat mungkin untuk memastikan minyak yang berkualiti dan bebas lemak dapat dihasilkan. Selepas disterilkan, buah kelapa sawit ini akan menjalani proses pemerahan berkuasa tinggi untuk mengasingkan minyak kelapa sawit.

2. Nipah – Palm in Malaya – 2007/0047476

Pokok nipah merupakan tanaman yang membantu mempengaruhi pasang surut air di kawasan berlumpur di tepi sungai. Airnya pula setelah menjalani proses penapaian boleh dijadikan sebagai alkohol. Tanaman pokok nipah ini sekarang menjadi tumpuan untuk menghasilkan alkohol yang boleh menggantikan asid asetik.

3. A Banana Plant, Malaya  - 2007/0047477

Buah pisang atau buahan tropika merupakan buah-buahan yang bernutrisi tinggi. Penanamannya diberikan rawatan dan perapian yang baik bagi memastikan tanaman tersebut lebih produktif dalam tempoh empat hingga enam tahun yang mana ia menghasilkan lebih kurang dua tandan setahun.

4. A Malayan Rubber Estate – 2007/0047475

Sebelum tahun 1876 pokok getah telah dikenali di Timur Jauh. Pada tahun tersebut, bekalan benih getah diperolehi dari Brazil oleh Henry Wickham dan industri tanaman tersebut dibangunkan. Pada tahun 1905 tanaman getah di Malaya menghasilkan kurang dari 200 tan  tetapi pada hari ini pengeluaran getah export antara 200,000 dan 300,000 tan iaitu lebih kurang separuh dari bekalan sedunia.

5. Tapping A Rubber Tree, Malaya – 2007/0047473

Menggunakan kaedah menoreh adalah bergantung kepada keadaan pokok tersebut. Kaedah yang paling popular digunakan pada masa sekarang ialah ‘Single V’ yang diselangselikan dengan kaedah menoreh.  Susu getah yang berwarna putih dan pekat  dapat  dihasilkan.

6. Cutta Percha ( Palaguim Percha ). 2007/0047478

Menoreh pokok ‘cutta percha’. Sedikit limpahan adalah kerana batang pokok yang basah.

Mukasurat: 1  2  3