| Cawangan Negeri Kedah/Perlis 1. VISI - Melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan cintakan warisan Negara.
2. MISI - Menyimpan dan memelihara khazanah warisan yang bernilai sejarah dan berkepentingan negara.
- Memasyarakatkan arkib dan warisan negara.
- Menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Sumber Maklumat dan Penyelidikan Negara (PSPN).
3. OBJEKTIF - Mengumpul, menyimpan dan memelihara semua rekod dan bahan-bahan arkib dari seluruh negeri Kedah/Perlis yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan serta menyediakan kemudahan penyelidikan dan rujukan kepada agensi-agensi kerajaan dan orang awam.
- Membantu kerajaan mewujudkan satu sistem pengurusan rekod yang sistematik, efektif dan ekonomik khususnya di kalangan pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Kedah/Perlis
4. FUNGSI CAWANGAN - Memberi khidmat nasihat berkenaan pengurusan rekod yang sistematik, efisien dan ekonomikal kepada pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Kedah/Perlis
- Mengesan, memperolehi dan menyimpan segala jenis rekod dan dokumen yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis di mana Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis sebagai 'custodian' kepada rekod-rekod yang bernilai arkib daripada pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Kedah/Perlis
- Memproses rekod-rekod yang dipindahkan oleh pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Kedah/Perlis untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pemuliharaan rekod-rekod yang berada di bawah jagaan Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis serta mengawalselia bahan-bahan koleksi sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna.
- Memberikan khidmat rujukan dan penyelidikan kepada orang awam, pelajar pengajian tinggi serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti arkib pendidikan, pengembangan dan arkib negarawan di dalam usaha menyebarluas koleksi khazanah warisan negara yang berada dalam simpanan dan jagaan Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis
|