Khidmat Konsultansi Khidmat Konsultansi

Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Arkib Negara bagi memberi khidmat nasihat kepakaran berkaitan program pengurusan rekod  yang meliputi komponen:-

  • Pengendalian surat menyurat
  • Klasifikasi fail
  • Penyimpanan dan pemeliharaan fail
  • Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod
  • Pelupusan rekod

Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod ini ditawarkan kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan/Negeri, Kerajaan Tempatan, Badan Berkanun dan Syarikat Perusahaan Kerajaan (GLC) bagi membolehkan penyediaan dan pelaksanaan dasar, peraturan, manual dan standard pengurusan rekod.

Perkhidmatan yang ditawarkan:
Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod di Arkib Negara [sila klik untuk borang permohonan]
Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod di Jabatan [sila klik untuk borang permohonan]
Ceramah/ Taklimat Pengurusan Rekod [sila klik untuk borang permohonan]

Organisasi kerajaan yang ingin mendapatkan khidmat konsultansi pengurusan rekod tersebut boleh mengemukakan permohonan ke Seksyen Konsultansi dan Latihan, Arkib Negara Malaysia [peta lokasi].

Objektif Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod

  • Memastikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran diberikan kepada kementerian/jabatan/agensi kerajaan bagi membolehkan jabatan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.
  • Memastikan maklumat dan rekod kerajaan dapat diurus dengan baik dan dimanafaatkan sebagai pemangkin kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan serta sebagai asas kepada akauntabiliti dan integriti perkhidmatan kerajaan.