Klasifikasi Fail Klasifikasi Fail

Arkib Negara Malaysia bersedia membantu Kementerian/ jabatan dan agensi awam dalam menyediakan klasifikasi rekod jabatan.  Ini adalah bagi memastikan  sistem fail dan klasifikasi rekod yang diwujudkan di organisasi berkenaan adalah berdasarkan fungsi  dan aktiviti jabatan.  Oleh itu semua rekod-rekod yang diwujudkan adalah berkaitan dengan dengan setiap fungsi dan aktiviti.  Dalam persekitaran elektronik rekod-rekod ini akan dapat ditawan dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan dan bahan bukti.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Konsultasi dan Rekod Elektronik di Ibu Pejabat atau mana-mana Cawangan  Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.