Kursus / Ceramah / Taklimat Pengurusan Rekod anjuran Kementerian / Jabatan / Agensi Kursus / Ceramah / Taklimat Pengurusan Rekod anjuran Kementerian / Jabatan / Agensi

PENGENALAN
Kursus / Ceramah / Taklimat jemputan daripada Kementerian / Jabatan / Agensi mengenai  Pengurusan  Rekod  akan  meliputi  perkara-perkara  mengenai  prinsip, konsep  dan peraturan dalam pengurusan rekod kerajaan, serta amalan di setiap peringkat pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan serta pelupusan rekod.

Pihak  Kementerian  /  Jabatan  /  Agensi  juga  boleh  menganjurkan  kursus  untuk Pegawai Rekod Jabatan  (PRJ) yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5  Tahun  2007 – Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VIII, 8.2(d) dan juga Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ).

KAEDAH
Ceramah dan latih amal.

TEMPOH KURSUS / CERAMAH / TAKLIMAT
Kursus    : 3 hari (Merangkumi 9 sesi)
Ceramah / Taklimat    : Tertakluk kepada permohonan pihak panganjur

CARA MEMOHON
Kementerian / Jabatan / Agensi yang berminat hendaklah membuat permohonan kepada Urus Setia Kursus satu (1) bulan sebelum tarikh kursus / ceramah / taklimat dilaksanakan.  Permohonan hendaklah dimajukan kepada alamat di bawah:

                  Ketua Pengarah
                  Arkib Negara Malaysia
                 Seksyen Konsultansi dan Latihan
                 Jalan Duta
                 50568 Kuala Lumpur


Atau fakskan ke 03-62014359.

Sebarang perbincangan boleh berhubung melalui talian 03-62090600 samb. 806 atau emel skl@arkib.gov.my



Disediakan oleh :

Unit Latihan Rekod
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Arkib Negara Malaysia

13 Januari 2014