Kursus Pengurusan Rekod Dalam Jabatan (in-house training) Kursus Pengurusan Rekod Dalam Jabatan (in-house training)

 « Kembali

Kursus Dalam Jabatan adalah dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran Pegawai dan Kakitangan dalam bidang pengurusan rekod.  Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Kursus pengurusan rekod bagi Pegawai Rekod Jabatan; dan
  • Kursus Pembantu Tadbir Rekod Jabatan

Skop Kursus :
Meliputi tentang prinsip, konsep dan peraturan dalam pengurusan rekod kerajaan, serta amalan di setiap peringkat pewujudan, pengunaan dan penyenggaraan, serta pelupusan rekod.

Kaedah Kursus:
Ceramah, perbincangan dan latih amal

Tempoh dan tempat :
Ditentukan oleh pihak penganjur.

Cara Memohon :
Jabatan hendaklah memohon kepada Urus Setia Kursus satu (1) bulan sebelum tarikh kursus dilaksanakan.  Permohonan hendaklah dimajukan kepada alamat di bawah atau  faks :

Urus Setia Kursus Latihan Rekod
Seksyen Konsultansi dan Latihan
d/a Memorial Tun Hussein Onn
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Atau Faks: 03-2026 3703