Kursus Pengurusan Rekod untuk Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) Kursus Pengurusan Rekod untuk Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ)

 « Kembali

Pengenalan

Kursus bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) yang bertugas di Bahagian/Unit Pendaftaran fail di Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan termasuk perusahaan kerajaan.  Para peserta diperkenalkan dengan prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan keperluan-keperluan dalam pengurusan rekod kerajaan yang betul.

Objektif
Selepas mengikut kursus ini para peserta akan dapat:

  1. Memahami tentang prinsip dan konsep pengurusan rekod kerajaan.
  2. Mengetahui tentang perundangan dan piawaian dalam  pengurusan rekod.
  3. Meningkatkan kemahiran PTRJ dalam melaksanakan kerja-kerja pengurusan rekod kerajaan

Program Kursus
Sila rujuk program di lampiran 1

Kaedah Kursus
Ceramah,  perbincangan dan latih amal

Peserta
Pembantu Tadbir Rekod Jabatan atau setaraf dengannya yang bertugas di Bahagian/Unit Pendaftaran fail di Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan termasuk perusahaan kerajaan.

Tempat Kursus
Bilik Kuliah
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Memorial Tun Hussein Onn
Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur 
(tempat penginapan tidak disediakan oleh Urusetia sepanjang tempoh kursus)

Mukasurat: 1  2