Dikau Puspawangsa
Pustaka Ilmu Budaya Negara
Perakam Sejarah
Mewadah Warisan Di Hari Muka
Kau Khazanah Bangsa
Menyinari Lembarannya Negara
Peristiwa Indah
Suburlah Dikau Selama-lamanya
Dikaulah Harapan
Meniup Nafas Aliran Sezaman
Sepenuhnya Hati
Menghayati Daya Cipta Abadi
Permata Pusaka
Terserlah Di Persada Pertiwi
Kebanggaan Bangsa
Memenuhi Hasrat Jiwa Nan Murni
Tajuk : Puspawangsa
Lagu : Asmawi Mohd. Noh
Lirik : Syed Zulflida Syed Md. Noor