PENGENALAN
Arkib Negara Malaysia menawarkan pelbagai kursus dalam bidang pengurusan rekod yang meliputi perkara-perkara mengenai prinsip, konsep dan peraturan dalam pengurusan rekod kerajaan, serta amalan di setiap peringkat pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan serta pelupusan rekod. Kursus yang ditawarkan ini terbuka kepada semua penjawat awam.
Bagi memastikan pengurusan rekod di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan senantiasa berada pada tahap terbaik dan efisien, Arkib Negara Malaysia bersedia membantu Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan dalam menyediakan keperluan latihan dalam bidang pengurusan rekod khas kepada pegawai dan kakitangan melalui kursus-kursus yang ditawarkan seperti berikut:
- Kursus Asas Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)
- Kursus Asas Pengurusan Rekod Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ)
- Kursus Lanjutan Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)
- Kursus Lanjutan Pengurusan Rekod Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ)
- Kursus Pemuliharaan Rekod
- Kursus / Ceramah / Taklimat Pengurusan Rekod anjuran Kementerian / Jabatan / Agensi
Selain dari kursus di atas, Arkib Negara Malaysia juga turut mengendalikan Program Teknikal Kerjasama Malaysia.
KAEDAH KURSUS / CERAMAH / TAKLIMAT
Ceramah, perbincangan, pembentangan kajian kes dan latih amal.
TEMPOH KURSUS / CERAMAH / TAKLIMAT
Kursus : 3 hari (Merangkumi 9 sesi)
Ceramah / Taklimat : Tertakluk kepada permohonan pihak panganjur
CARA MEMOHON
Kementerian / Jabatan / Agensi yang berminat hendaklah membuat permohonan kepada Urus Setia Kursus satu (1) bulan sebelum tarikh kursus / ceramah / taklimat dilaksanakan. Permohonan hendaklah dimajukan kepada alamat di bawah:
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Jalan Duta
50568 Kuala Lumpur
Atau fakskan ke 03-62015679.
Sebarang perbincangan boleh berhubung melalui talian 03-62090600 samb. 523 atau emel skl@arkib.gov.my
Disediakan oleh :
Unit Latihan Rekod
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Arkib Negara Malaysia
7 Januari 2013