| |||||||||||||||
| Lambang | Keterangan |
| Kertas-kertas berjumlah 13 helai | Lambang bagi dokumen dan rekod-rekod negara. |
| Cantuman 13 helai kertas | Mewakili 13 buah negeri yang membentuk negara Malaysia yang juga membawa maksud bahawa dokumen dan rekod-rekod negara amat kaya dengan unsur-unsur sejarah yang boleh dibanggakan. |
| Kertas membentuk bunga berkelopak 13 | Bunga menjadi lambang bahawa dokumen dan rekod-rekod negara mempunyai unsur-unsur dan nilai-nilai kebudayaan. |
| Bintang berbucu 13 | Mewakili bintang yang terdapat di dalam bendera Malaysia, melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bucu tersebut juga ada menyerupai bentuk meterai (seal) yang digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan. |
| Perkataan ARKIB NEGARA MALAYSIA | Dilambangkan sebagai pihak berkuasa Arkib Negara Malaysia sendiri yang menyimpan dan memelihara dengan baik dokumen dan rekod-rekod Kerajaan / Negara. |
| Lingkaran bulatan berwarna kuning | Lambang kepada pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia, jentera penggerak utama di dalam pelaksanaan rancangan Kerajaan. |















