Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak

                 
                  Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak dibina pada tahun 1915 ketika pemerintahan Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah. Binaan asal masjid ini berbentuk ruang besar lapan segi dengan sebuah kubah besar dan mempunyai sebuah menara berbentuk empat segi.  Pada 17 Mei 1982, sebuah bangunan masjid baru dibina dengan kos sebanyak RM3.9 juta bagi menampung pertambahan jemaah yang kian meningkat. Pembukaan rasmi bangunan baru masjid ini disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Jumaat 28 Rejab 1405 Hijrah bersamaan 19 April 1985.

(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)