SENARAI KUMPULAN ARKIB/REKOD YANG BOLEH DIRUJUK BAGI SUKU PERTAMA 2010 DI IBU PEJABAT DAN CAWANGAN NEGERI, ARKIB NEGARA MALAYSIA SENARAI KUMPULAN ARKIB/REKOD YANG BOLEH DIRUJUK BAGI SUKU PERTAMA 2010 DI IBU PEJABAT DAN CAWANGAN NEGERI, ARKIB NEGARA MALAYSIA

PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN - TUN TAN CHENG LOCK
MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
BANDA HILIR, MELAKA
22 – 23 MEI 2010

PENGENALAN

Program Mengenang Tokoh Negarawan ini adalah bertujuan untuk mengenang dan menghayati kembali jasa-jasa dan sumbangan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu yang telah menerajui pentadbiran negara.

Program ini berkonsepkan penghayatan tokoh yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama. Program yang akan diadakan secara berterusan ini melibatkan semua tokoh negara (dimulakan dengan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra,  Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Mendiang Tun Tan Cheng Lock dan Mendiang Tun V.T. Sambathan) dan diadakan mengikut tarikh-tarikh tertentu berkaitan dengan tokoh seperti tarikh lahir, tarikh perkahwinan ataupun tarikh kematian.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka telah dipilih menjadi tempat berlangsungnya Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock. Pihak Arkib Negara Malaysia telah mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, agensi di bawah kerajaan negeri Melaka dan agensi swasta bagi merealisasikan program ini yang bertujuan untuk mendekatkan semua lapisan masyarakat terutama generasi muda supaya menghayati pengorbanan dan sumbangan tokoh negarawan Tun Tan Cheng Lock.

Untuk tujuan penghayatan dan memeriahkan program, pelbagai aktiviti yang interaktif dan bermanafaat telah disediakan kepada semua hadirin yang hadir di program ini.

 

OBJEKTIF

 

  • Untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat Negara ini mengenali Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock
  • Untuk mendorong dan menggalakkan pelbagai lapisan rakyat bersama-sama menghargai dan menjiwai jasa-jasa Tun Tan Cheng Lock sebagai tokoh yang terlibat dalam Kemerdekaan Tanah Melayu.
  • Untuk meningkatkan perasaan kebersamaan dan bersatu padu di kalangan masyarakat 1Malaysia

 

 

SENARAI AKTIVITI PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN
TUN TAN CHENG LOCK
MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
BANDA HILIR, MELAKA
22 – 23 MEI 2010

PERKARA

 

SABTU – 22 MEI 2010

1. Persembahan Lapangan :

  • Arkib Negara Malaysia
  • Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
  • Jabatan Muzium Malaysia
  • Jabatan Penerangan Malaysia
  • Jabatan Warisan Negara Malaysia
  • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
  • Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
  • Pos Malaysia Berhad
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • TM On Wheel
  • OKU – Penglihatan

2. Pameran : Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock

 

AHAD – 23 MEI 2010

1. Perasmian Program mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock

2. Pelancaran Buku Braille - Rukun Negara dan Jalur Gemilang

3. Majlis Bicara Tokoh – Tun Tan Cheng Lock

4. Pameran : Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock