Cawangan Negeri Pulau Pinang Cawangan Negeri Pulau Pinang

1.      VISI

  • Melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan cintakan warisan Negara.

2.      MISI

  • Menyimpan dan memelihara khazanah warisan yang bernilai sejarah dan berkepentingan negara.
  • Memasyarakatkan arkib dan warisan negara.
  • Menjadikan Arkib Negara sebagai Pusat Sumber Maklumat dan Penyelidikan Negara (PSPN).

3.      OBJEKTIF

  • Mengumpul, menyimpan dan memelihara semua rekod dan bahan-bahan arkib dari seluruh negeri Pulau Pinang yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan serta menyediakan kemudahan penyelidikan dan rujukan kepada agensi-agensi kerajaan dan orang awam.
  • Membantu kerajaan mewujudkan satu sistem pengurusan rekod yang sistematik, efektif dan ekonomik khususnya di kalangan pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Pulau Pinang

4.      FUNGSI CAWANGAN

  • Memberi khidmat nasihat berkenaan pengurusan rekod yang sistematik, efisien  dan ekonomikal kepada pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Pulau Pinang
  • Mengesan, memperolehi dan menyimpan segala jenis rekod dan dokumen yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang di mana Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang sebagai 'custodian' kepada rekod-rekod yang bernilai arkib daripada pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Pulau Pinang
  • Memproses rekod-rekod yang dipindahkan oleh pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Pulau Pinang untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pemuliharaan rekod-rekod yang berada di bawah jagaan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang serta mengawalselia bahan-bahan koleksi sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna.
  • Memberikan khidmat rujukan dan penyelidikan kepada orang awam, pelajar pengajian tinggi serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti arkib pendidikan, pengembangan dan arkib negarawan di dalam usaha menyebarluas koleksi khazanah warisan negara yang berada dalam simpanan dan jagaan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang