Selaras dengan Seksyen 25, 26 dan 27 Akta Arkib Negara 2003, Arkib Negara adalah bertanggungjawab memantau, merancang dan melaksanakan program pelupusan rekod di kementerian, Jabatan dan agensi awam. Dalam hal ini Pelupusan Rekod adalah bermaksud cara menguruskan pengasingan rekod untuk tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya. Ia meliputi semua jenis dan format rekod termasuk rekod elektronik.
Kumpulan rekod yang boleh dilupuskan ialah seperti berikut:
- Rekod-rekod awam yang telah tamat tindakan
- Telah mencapai tempoh simpanan yang ditetapkan dalam Jadual Pelupusan Rekod
- Keadaan fizikal rekod-rekod tersebut tidak mengizinkan pemeliharaannya
- Permohonan Pelupusan Bagi Rekod Awam Yang Belum Mempunyai Jadual
- Kementerian/Jabatan/ Agensi Kerajaan hendaklah membuat pengasingan bagi rekod-rekod tidak aktif dan tamat tindakan mengikut susunan kategori, siri, tahun dan nombor seturut.
- Rekod-rekod yang telah diputuskan untuk dilupuskan hendaklah disenaraikan dalam Borang PermohonanPelupusan Rekod seperti berikut mengikut jenis rekod:-