Pemasyhuran Malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengisytiharan Malaysia dibuat ekoran daripada perjanjian pada 9 Julai 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, negeri Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ketiga-tiga negeri tersebut juga tidak lagi menjadi negeri jajahan takluk British. | |