Pengenalan
Objektif utama perkhidmatan ini ialah untuk menyebarluaskan maklumat yang ada di Arkib Negara Malaysia kepada umum bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan cintakan negara.
Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan-kemudahan rujukan untuk bahan-bahan arkib dan juga bahan-bahan perpustakaan.
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
| Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan |
| Hari | Masa |
| Isnin dan Jumaat | 9.00 pagi - 5.00 petang |
| Selasa hingga Khamis | 9.00 pagi - 6.00 petang |
| Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
Kemudahan-kemudahan yang disediakan
| 1. Dewan Penyelidikan |
 | Bagi kemudahan dan keselesaan para penyelidik, sebuah Dewan Penyelidikan yang luas disediakan, dilengkapi dengan kerusi dan meja yang boleh memuatkan 150 orang penyelidik dalam satu masa. Dewan Penyelidikan ini juga dilengkapi dengan Kaunter Perkhidmatan, Bilik Panducari dan Komputer. |