| Perpustakaan  | Perpustakaan Arkib Negara Malaysia memberi perkhidmatan sokongan kepada Cawangan Akses. Perkhidmatan ini diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan rujukan serta pinjaman kepada pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia dan juga kepada para penyelidik. | Waktu Dibuka Hari | Masa | | Isnin dan Jumaat | 9.00 pagi - 4.00 petang | | Selasa, Rabu dan Khamis | 9.00 pagi - 4.30 petang | | Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup | Koleksi Perpustakaan - Buku
Ini merupakan koleksi terbesar. Perpustakaan kini mempunyai sejumlah 12,000 naskah buku. Kebanyakkannya adalah mengenai pengurusan rekod dan arkib; sejarah dan kebudayaan Malaysia; dan buku-buku rujukan am seperti kamus, istilah, ensiklopedia, buku rasmi tahunan, bibliografi, catalog dan buku panduan. - Terbitan Bersiri
Koleksi ini merangkumi jurnal dan laporan tahunan dari dalam dan luar negeri. Perpustakaan Jabatan mempunyai koleksi jurnal mengenai arkib dan rekod yang boleh dikatakan terlengkap jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain. Koleksi jurnal juga tertumpu dalam bidang sejarah. Di antara jurnal-jurnal berkaitan dengan sejarah yang tersimpan di dalam Perpustakaan Jabatan ialah Journal of Straits Branch of the Royal Asiatic Society, Journal of the Indian Archipelago dan The Selangor Journal. Koleksi laporan tahunan dari institusi-institusi Arkib luar negeri disusun mengikut abjad nama negara. Koleksi ini ditempatkan di Sudut Arkib Antarabangsa. - Tesis/Latihan Ilmiah
Koleksi ini mengandungi tesis/latihan ilmiah di peringkat sarjana, sarjana muda, kertas-kertas kerja dan projek, esei dan kertas-kertas kajian ringkas yang disediakan sebagai hasil daripada penyelidikan di Arkib Negara Malaysia. - Risalah
Beberapa jenis risalah yang diterima oleh Perpustakaan diletakkan di Sudut Arkib Antarabangsa. Risalah-risalah ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti di institusi Arkib luar negeri. |