| Piagam Pelanggan 2012 Kami berjanji untuk; - Memastikan permohonan perkhidmatan konsultansi pengurusan rekod akan dijawab dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
- Memaklumkan status permohonan kursus pengurusan atau pemeliharaan rekod dalam tempoh 1 bulan sebelum kursus dijalankan.
- Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional yang TIDAK dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod, dalam tempoh 6 bulan dan bagi rekod elektronik 3 bulan, dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional dan elektronik yang dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod, dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Menghasilkan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian jabatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Bengkel Jadual Pelupusan Rekod.
- Memperakui penerimaan rekod awam dalam tempoh 3 hari bekerja selepas rekod dipindahkan.
- Memastikan bahan rujukan dapat disediakan dalam tempoh 1 jam kepada penyelidik dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap serta dalam media yang dibenarkan.
- Memastikan permohonan pinjaman Jabatan diurus dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap.
- Memberi jawapan kepada pertanyaan dan aduan pelanggan dengan menepati tempoh berikut:
- akuan penerimaan dalam masa 1 hari bekerja.
- maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memberi keputusan permohonan lawatan berpandu ke Arkib Negara dan Memorial dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
|