English
Saiz Teks : Warna :
 
   
 
     
PROGRAM KEMBARA MEMORIAL 1MALAYSIA
     

Program Kembara 1Malaysia bertujuan untuk mendedahkan masyarakat terutama golongan remaja mengenali dan menghayati tokoh negarawan yang telah banyak berjasa kepada negara. Melalui program ini, orang ramai terutama para pelajar dari pelbagai institusi dan sekolah akan dibawa melawat ke memorial dan pustaka yang ada di bawah pentadbiran Arkib Negara Malaysia. Pelbagai aktiviti akan diatur dan disediakan kepada kumpulan-kumpulan yang datang melawat di bawah program ini yang berkonsepkan penghayatan tokoh selaras dengan aspirasi 1Malaysia.

     

Program Kembara 1Malaysia ini telah dimulakan dengan lawatan oleh kumpulan pelatih PLKN seramai 400 orang termasuk jurulatih dari Kem Paya Indah, Kampung Tanjung Dua Belas, Dengkil, Selangor. Memorial Tunku Abdul Rahman Putra dan Memorial Tun Hussein Onn telah dipilih sebagai lokasi bagi lawatan kali ini. Di antara aktiviti yang telah disediakan ialah :

  • Bicara Tokoh oleh YBhg Datuk Wira Borhan Md Yaman yang membicarakan mengenai kemerdekaan.
  • Kuiz mengenai Tun Hussein Onn dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra.

 

 

Lawatan pada 12 Mei 2010 telah turut dihadiri oleh jurulatih PLKN yang diketuai oleh Mejar (B) Faharuddin Mohamad Rashid, Timbalan Komanden Latihan, Kem Paya Indah, Dengkil, Selangor. Bagi pihak Arkib Negara Malaysia, rombongan ini telah dialu-alukan oleh Puan Hajah Daresah, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pengembangan); Encik Ihsan Haji Hassan, Pemangku Pengarah (Bahagian Arkib Negarawan) dan pegawai-pegawai kanan yang lain. Program ini telah diakhiri dengan nyanyian lagu 1Malaysia.

     
Program Kembara Memorial 1Malaysia dari pelatih PLKN
kumpulan 2, Siri 7/2010, Kem Paya Indah, Dengkil, Selangor
pada 12 Mei 2010

 

 
     
 
     
Para pelatih PLKN sedang melawat pameran Memorial Tun Hussein Onn sambil mencari jawapan bagi kuiz Mencari Maklumat Tersembunyi yang disediakan oleh pihak memorial.

 

     

Tetamu khas Majlis Bicara Tokoh sempena program lawatan PLKN ke Memorial Tun Hussein Onn. Dari Kiri : Encik Ihsan Haji Hassan, Pemangku Pengarah (Bahagian Arkib Negarawan); YBhg Datuk Wira Borhan Md Yaman; Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) dan Mejar (B) Faharuddin Mohamad Rashid, Timbalan Komanden Latihan, Kem Paya Indah.

     
 
     

Ucapan aluan oleh Mejar (B) Faharuddin Mohamad Rashid, Timbalan Komanden Latihan, Kem Paya Indah, Dengkil, Selangor.

 

Ucapan aluan oleh Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Arkib Negara Malaysia.

     
 
     

YBhg Datuk Wira Borhan Md Yaman sedang membicarakan mengenai kemerdekaan kepada para pelatih PLKN di Auditorium Memorial Tun Hussein Onn.

 

Para pelatih PLKN di Auditorium Memorial Tun Hussein Onn ketika Majlis Bicara Tokoh.

     
     

Pegawai kanan Arkib Negara Malaysia dan jurulatih PLKN Kem Paya Indah sedang khusyuk mendengar YBhg Datuk Wira Borhan Md Yaman membicarakan mengenai kemerdekaan negara.

     
 
     
     

Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) sedang meyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz Mencari Maklumat Tersembunyi.

     
 
     

Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) sedang meyampaikan cenderamata kepada YBhg Datuk Wira Borhan Md Yaman.

 

Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) sedang meyampaikan cenderamata kepada Mejar (B) Faharuddin Mohamad Rashid, Timbalan Komanden Latihan, Kem Paya Indah, Dengkil, Selangor.

     
 
     

Mejar (B) Faharuddin Mohamad Rashid, Timbalan Komanden Latihan, Kem Paya Indah, Dengkil, Selangor sedang meyampaikan cenderamata kepada Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Arkib Negara Malaysia.

 

Tetamu khas turut sama menyanyikan lagu 1Malaysia bersama-sama para pelatih PLKN diakhir program.

     
 
     

Para pelatih PLKN dan pegawai Arkib Negara dengan penuh semangat menyanyikan lagu 1Malaysia diakhir program.

 
     
     

Puan Hajah Daresah Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Arkib Negara Malaysia di sesi sidang akhbar.

     
     
     

Program Kembara Memorial 1Malaysia dari pelatih PLKN
kumpulan 2, Siri 7/2010, Kem Paya Indah, Dengkil, Selangor
pada 13 Mei 2010

 
     
     

Para pelatih PLKN Kem Paya Indah, Dengkil, Selangor sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh kakitangan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

     
     
 
     
     

Para pelatih PLKN sedang melawat sekitar dewan pameran di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

 
     

Para pelatih PLKN di Auditorium, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

     
 
     
     

Antara pelatih PLKN yang cuba menjawap soalan kuiz yang diberikan oleh pihak Memorial Tunku Abdul Rahman Putra berdasarkan pameran yang telah mereka lawati.

     
 
     
     

Puan Che Rehan Harun, Pengurus Memorial Tun Hussein Onn sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz.

     
Bookmark and Share
Paparan : 48
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Jun 2010
Bookmark and Share
Paparan : 67878
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 Julai 2009
Soalan Lazim
Maklumbalas
Web Mel
Direktori Pegawai

 

Bookmark and Share
Paparan : 67880
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 April 2010
MUAT TURUN

Agensi Kerajaan

Borang Pelupusan

Borang Latihan

 

Kegunaan Warga Arkib Sahaja

Borang Peperiksaan Subjek Jabatan

Borang Permohonan Akaun E-mel Rasmi Jabatan Arkib Negara

Borang Pesanan :

Bookmark and Share
Paparan : 69139
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 September 2010
INTRANET
Bookmark and Share
Paparan : 69531
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 September 2010
PAUTAN ANTARABANGSA
ICA
SARBICA
CARBICA
EURBICA
EASTICA
PARBICA
Bookmark and Share
Paparan : 69530
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 Ogos 2010
SINDIKASI (RSS)

RSS

Bookmark and Share
Paparan : 69521
Tarikh Akhir Dikemaskini : 11 Julai 2009