PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN - TUN TAN CHENG LOCK
MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
BANDA HILIR, MELAKA
22 – 23 MEI 2010
     

Program Mengenang Tokoh Negarawan ini adalah bertujuan untuk mengenang dan menghayati kembali jasa-jasa dan sumbangan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu yang telah menerajui pentadbiran negara.

     

Program ini berkonsepkan penghayatan tokoh yang menitikberatkan elemen perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama. Program yang akan diadakan secara berterusan ini melibatkan semua tokoh negara (dimulakan dengan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Mendiang Tun Tan Cheng Lock dan Mendiang Tun V.T. Sambathan) dan diadakan mengikut tarikh-tarikh tertentu berkaitan dengan tokoh seperti tarikh lahir, tarikh perkahwinan ataupun tarikh kematian.

 

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka telah dipilih menjadi tempat berlangsungnya Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock. Pihak Arkib Negara Malaysia telah mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, agensi di bawah kerajaan negeri Melaka dan agensi swasta bagi merealisasikan program ini yang bertujuan untuk mendekatkan semua lapisan masyarakat terutama generasi muda supaya menghayati pengorbanan dan sumbangan tokoh negarawan Tun Tan Cheng Lock.

 
Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock ini telah dirasmikan oleh YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada 23 Mei 2010.
 
Untuk tujuan penghayatan dan memeriahkan program, pelbagai aktiviti yang interaktif dan bermanafaat telah disediakan kepada semua hadirin yang hadir di program ini. Antara program yang disediakan ialah Pameran Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock yang akan berlangsung selama sebulan bermula dari 22 Mei 2010 hingga 20 Jun 2010, Majlis Bicara Tokoh – Tun Tan Cheng Lock, Pelancaran Buku Braille - Rukun Negara dan Jalur Gemilang serta persembahan lapangan daripada Arkib Negara Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Warisan Negara Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Pos Malaysia Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, TM On Wheel dan Orang Kurang Upaya – Penglihatan.
     
 
     
 
     
Puan Hajah Daresah Haji Ismail sedang ditemubual oleh DJ radio Melaka FM untuk membicarakan tentang Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock di konti radio Melaka FM pada 22 Mei 2010.

 

     

Pengunjung sedang melawat di khemah-khemah yang disediakan oleh pihak Arkib Negara Malaysia untuk agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, agensi di bawah kerajaan negeri Melaka dan agensi swasta membuat persembahan lapangan sempena Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock.

     
 
     
Puan Hajah Daresah Haji Ismail sedang membincang sesuatu dengan Encik Lee Check How, Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (tengah) dan Encik Kamaruddin Abdul Aziz, Ketua Seksyen Pengurusan Arkib Negawaran (kanan) mengenai Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock.
     
     
Encik Azemi Abdul Aziz, Pengarah (Bahagian Pengembangan) Arkib Negara Malaysia sedang berjabat tangan menyambut ketibaan YBhg Tan Sri Aziz Tapa, ahli politik veteran.
     
     

YBhg Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia berjabat tangan menyambut ketibaan YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock.

     
     

Cik Tan Siok Choo, cucu Tun Tan Cheng Lock turut berjabat tangan menyambut ketibaan YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

     
     
Tidak ketinggalan, Encik Ihsan Haji Hassan, Pemangku Pengarah (Bahagian Arkib Negarawan) Arkib Negara Malaysia juga turut berjabat tangan menyambut ketibaan YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
     
     
Tetamu kehormat di Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock. Dari kiri : YBhg Dato’ Mohammed Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; YBhg Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia; YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia; YB Datuk Seet Har Cheow, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri dan Cik Tan Siok Choo, cucu Tun Tan Cheng Lock.
     
     

Antara tetamu yang hadir di Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock.

     
     

Kata aluan oleh YBhg Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia di Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock.

     
     
YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock.
     
 
     
Persembahan kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka mengenai Tun Tan Cheng Lock.
     
     
YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan tetamu kehormat sedang memegang bola kaca sebagai simbolik pelancaran Buku Braille – Rukun Negara dan Jalur Gemilang.
     
     
YBhg Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia menyampaikan Buku Braille – Rukun Negara kepada YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
     
     
Para pelajar Orang Kurang Upaya – Penglihatan sedang menyampaikan ikrar Rukun Negara dengan menggunakan Buku Braille – Rukun Negara.
     
 
 
     
YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia menyampaikan sumbangan Buku Braille – Rukun Negara dan Jalur Gemilang kepada sekolah-sekolah cacat penglihatan.
     
 
     
YBhg Dato’ Haji Sidek Haji Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia menyampaikan cenderamata kepada YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
     
     
Tetamu kehormat menyanyikan lagu 1Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang diakhir Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan – Tun Tan Cheng Lock.
     
 
     
     
Para tetamu yang berbilang kaum terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India turut bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu 1Malaysia diakhir majlis.
     
     
Cik Tan Siok Choo, cucu Tun Tan Cheng Lock menyerahkan bahan mengenai Tun Tan Cheng Lock kepada YB Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
     

Mukasurat: 1  2