| Antara tema-tema tersebut ialah Sepintas Lalu, Biografi, Kenali P.Ramlee, Era Kebangkitan, Irama dan Lagu, Dunia Filem, Anugerah, Sepanjang Riwayatku, Al-Fatihah dan P.Ramlee Yang Ku Kenali. Dipamerkan juga suasana penggambaran filem Penarik Beca bersama peralatan asal membuat filem dan diorama penggambaran filem Pendekar Bujang Lapok dengan replika pelakon. Selain dari itu, terdapat juga baju-baju Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Saloma juga dipamerkan. Bagi merasai nostalgia era seni dahulu, pelawat boleh bergambar dengan berpakaian biduanita Saloma untuk dijadikan sebagai tanda kenangan berkunjung ke pustaka ini. |