Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London

 

Pada 3 Jun 1957,  satu  perhimpunan  menyambut  ketibaan  Rombongan  Kemerdekaan  ke  London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu  telah  diadakan  di  Lapangan  Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lebih dua ribu orang telah berkumpul bagi menyambut kepulangan seramai tujuh orang anggota  rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku  Abdul  Rahman  Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.  Anggota  rombongan ini terdiri daripada  tiga  orang  wakil daripada pihak kerajaan  dan  tiga lagi  wakil daripada  Raja-raja  Melayu.   Antara  yang  turut  serta  dalam  rundingan  yang  berlangsung  selama  lapan  hari  di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London  ini  ialah  Encik  Ong  Yoke  Lin,  Encik  V.T  Sambanthan,  Encik  Mohamed  Khir Johari  dan  Penyimpan  Mohor  Besar Raja-raja, Tuan  Haji  Mustapha  Al-Bakri.  Hasil rundingan yang diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah  Melayu 1957.
 
YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (lima dari kiri) mengetuai delegasi ke London untuk rundingan terakhir Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. (Dua dari kiri): Encik Ong Yoke Lin, dan (Paling kanan): Encik Mohamed Khir Johari di Bombay pada 9 Mei 1957.