Sejarah dan latar belakang
Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah telah ditubuhkan pada 1 Februari 1977 iaitu selepas 20 tahun wujudnya Arkib Negara Malaysia, dan memulakan operasinya di Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu . Pada 20 Jun 1977, Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah telah berpindah ke Bangunan Nosmal Court di Jalan Pantai, Kota Kinabalu. Kemudian berpindah pula ke Bangunan Wisma YTL di Jalan Kolombong, Inanam pada 1 September 1985. Akhirnya berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Penampang yang siap dibina pada tahun 2006. Bangunan ini mula dibina pada tahun 2003 di atas tanah berkeluasan 3.5 ekar dengan kos berjumlah RM 27 juta. Bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya pada 13 April 2006 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
| | Majlis perasmian bangunan baru |
Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah bertanggungjawab ke atas rekod-rekod jabatan dan agensi persekutuan di Sabah. Sehingga kini terdapat sejumlah 1,995 jabatan dan agensi persekutuan di Sabah sahaja.