Sambutan 100 Hari YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia di KLCC Pada 11 Julai 2009
 | YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sedang berucap di Majlis Sambutan 100 Hari YAB. Dato' Seri Mohd Najib Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang telah diadakan di KLCC, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2009.. |
 | YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin yang berada di sebelah kanan PM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan di sebelah kanan TPM sedang menanam pokok Bucida Monileti atau lebih popular dangan nama pokok doa. Ia sebagai simbolik kepada ketinggian semangat kepimpinan Negara dan apabila pokok tesebut dewasa, ia akan tumbuh tinggi dan mempunyai struktur akar yang kuat. Upacara menanam pokok ini diadakan di Majlis Sambutan 100 Hari YAB. Dato' Seri Mohd Najib Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang telah diadakan di KLCC, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2009. |
 | YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba di KLCC, Kuala Lumpur bagi menghadiri Majlis Sambutan 100 Hari YAB. Dato' Seri Mohd Najib Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang telah diadakan pada 11 Julai 2009. |