Kronologi Peristiwa Penting 50 Tahun yang Lalu
| TAHUN | PERISTIWA |
| 1 Dis 1957 | "Public Records Office" ditubuhkan Tuan Haji Mubin Sheppard dilantik sebagai ‘Keeper of Public Records'. |
| 1 Feb 1961 | Mula menduduki Bangunan Persekutuan di Petaling Jaya |
| Nov. 1962 | Dr. F.R.J. Verhoeven, pakar arkib dari UNESCO, menggantikan Tuan Haji Mubin Sheppard |
| 1963 | "Public Records Office" ditukar nama kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia |
| 15 Feb 1966 | Encik Alwi Jantan dilantik sebagai Pengarah menggantikan Dr. F.R.J. Verhoeven |
| 31 Ogos 1966 | Akta Arkib Negara No. 44/1966 dikuatkuasakan |
| 31 Ogos 1966
| Undang-undang/Akta Arkib Negara 1966 dikuatkuasakan |
| Satu bahagian baru iaitu Perkhidmatan Perpustakaan Negara ditubuhkan |
| 5 Dis 1966 | Bangunan Pusat Urusan Rekod dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tun Abdul Razak |
| 20 Julai 1967 | Lembaga Penasihat Arkib Negara yang dianggotai oleh 5 orang ahli dibentuk |
| 11 Julai 1968 | Majlis Arkib Antarabangsa Cawangan Rantau Asia Tenggara (SARBICA) ditubuhkan |
| Pengarah Arkib Negara Malaysia dilantik sebagai Pengerusi. Sekretariat dan Setiausaha adalah di Arkib Negara |
| 15 Julai 1968 | Mesyuarat Pertama Lembaga Penasihat diadakan |
| 1969 | Senarai Penerimaan Arkib Negara Malaysia (1957 –1967) Senarai lengkap penerimaan rekod diterbitkan buat pertama kali dalam masa 10 tahun |
| 1971 | Jawatan Pengarah ditukarkan kepada Ketua Pengarah dan nama jabatan ditukarkan kepada Jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Negara |
| Mei 1972 | Pejabat cawangan pertama iaitu Pejabat Wilayah Selatan ditubuhkan di Johor Bahru |
| 19 Feb 1973 | Encik Saad Marzuki dilantik sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia |
| 1 Julai 1976 | Pejabat Cawangan Sarawak ditubuhkan |