| Seksyen Teknologi Maklumat - Unit Rangkaian, Keselamatan Dan Pembangunan Sistem
- Membangun, melaksana dan membuat kajian semula Pelan Strategik ICT (ISP) ANM.
- Menjalankan kajian keperluan sistem aplikasi baru dan menyediakan laporan serta justifikasi bagi pelaksanaan sistem aplikasi yang akan dibangunkan.
- Membangunkan sistem aplikasi yang merangkumi rekabentuk dan penyediaan spesifikasi, mengkaji keberkesanan dan memantau penggunaannya
- Menyelenggara aplikasi COMPASS
- Memantau pelaksanaan COMPASS di semua Cawangan Negeri, Bahagian Arkib Negarawan dan Ibupejabat.
- Menerima dan menganalisa aduan dan cadangan terhadap COMPASS serta mempertingkatkan keberkesanannya
- Melaksanakan pengemaskinian data-data COMPASS serta membuat penyelenggaraan ruang storan
- Menyediakan infrastruktur, memberi khidmat sokongan teknikal dan melaksanakan tugas perantaraan antara Arkib Negara dengan agensi pusat yang bertanggungjawab bagi sistem aplikasi kerajaan elektronik iaitu HRMIS, e-SPKB, e-Perolehan dan SPP II.
- Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan Sistem Rangkaian Arkib Negara Malaysia (Arkib*Net).
- Menyelenggara rangkaian Arkib*Net dengan pihak pembekal dan memantau keperluan peningkatan kapasiti rangkaian mengikut tahap penggunaan.
- Membangun dan mengawalselia Polisi ICT, Garis Panduan Penggunaan ICT dan Dasar Keselamatan ICT ANM berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh ANM dan MAMPU.
- Mentadbir, mengurus dan memantau penggunaan peralatan, perkhidmatan ICT dan keselamatan ICT berdasarkan polisi dan dasar yang telah dibangunkan.
- Memastikan keselamatan Pusat Data Utama dan Pusat Pemulihan Bencana ANM dengan mengambilkira keselamatan fizikal dan keselamatan data yang disimpan dalam bentuk elektonik.
- Merancang, merekabentuk, membangun dan mengemaskini portal ANM.
- Melaksanakan tugas-tugas urusetia bagi Jawatankuasa berikut:
- Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ANM
- Jawatankuasa Kerja Pengurusan Portal ANM
- Jawatankuasa Teknikal COMPASS ANM
- Menyediakan infrastruktur, memberi khidmat sokongan teknikal dan melaksanakan tugas perantaraan antara ANM dengan KPKKW dalam pelaksanaan Sistem Parlimen & Jemaah Menteri, Sistem e-Aset dan lain-lain.
|