MASJID UBUDIAH, KUALA KANGSAR MASJID UBUDIAH, KUALA KANGSAR

     
 
     
     
     

         Masjid Ubudiah terletak di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak. Masjid ini dibina di atas titah Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak Ke-28. Upacara perletakan batu asas masjid ini diadakan pada 26 September 1913 dan siap di bina dan dibuka dengan rasminya pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah. Mempunyai pengaruh seni bina `Saracenic' (Islam-India) telah direka bentuk oleh A.B. Hubback, seorang arkitek kerajaan. Sementara kerja-kerja perlaksanaannya telah diletakkan di bawah kelolaan Caufield, Ketua Jurutera Negeri Perak.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)