Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin B. Hj. Mohd Dom Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin B. Hj. Mohd Dom

  Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin berasal dari Air Tawar, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Telok Murok, Sitiawan dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Anglo Chinese School, Sitiawan. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1976 dan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak pada tahun 1976.

  Bermula dari situ beliau terus menjalankan tanggungjawab ini dengan cemerlang sebagai guru dan pengetua di beberapa buah sekolah dan institusi pengajian di bawah Kementerian Pelajaran. Antara sekolah-sekolah terunggul yang pernah diterajui beliau termasuklah SMK Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut (1989), SM Sains Teluk Intan (1995), Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (1996) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (1999). Pengalaman yang luas serta kecemerlangan dalam bidang pendidikan telah membawa beliau ke Kementerian Pelajaran. Buah fikiran beliau amat diperlukan untuk menggubal serta mentadbir bidang pendidikan apabila dilantik ke beberapa jawatan penting di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

  Pada 2007 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sehingga tahun 2010. Jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dianugerahkan beberapa pingat dan darjah kebesaran, antaranya PPT (Perak), AMN, AMP (Perak), Pingat Penghormatan Guru (sempena hari Guru Negeri Perak) dan pada 19 April 2007 beliau dianugerahkan Pingat DPMP dari DYMM Sultan Perak.

Majlis Pengkishan Sejarah Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh
14 Mei 2007
Memorial Tunku Abdul Rahman