Bahagian Perancangan & Penyelarasan Bahagian Perancangan & Penyelarasan

Objektif Bahagian
  1. Memastikan dasar, halatuju dan strategi Arkib Negara adalah mantap dan berkesan;
  2. Memastikan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan kearkiban dan pengurusan rekod berjalan dengan lancar serta mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Arkib Negara;
  3. Memastikan pegawai dan kakitangan Arkib mempunyai tahap kompetensi dalam bidang pentadbiran arkib dan pengurusan rekod mengikut kesesuaian tempoh perkhidmatan pegawai berkenaan;
  4. Memastikan pegawai dan kakitangan di pejabat awam mempunyai kesedaran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan rekod; dan
  5. Memastikan kerjasama dan sinergi diwujudkan antara Bahagian dalam penyediaan produk dan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan bernilai tambah.