Dato’ L. Krishnan Dato’ L. Krishnan

 Dato' L. Krishnan dilahirkan di Madras, India pada 21 Oktober 1922. Beliau telah dibesarkan di Pulau Pinang dan  mendapat pendidikan sehingga tahap Senior Cambridge pada tahun 1941 di Bukit Mertajam High School.

 Beliau pernah bekerja di Raffles Hotel dan Aldephi Hotel di Singapura sehingga kedatangan Jepun. Beliau pernah menjadi penterjemah Bahasa Jepun, menyertai Indian National Army sehingga memegang pangkat Second Lieutenant. Tahun 1946, beliau dihantar ke Madras oleh Tentera British. Pada tahun 1947, beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah Filem di Kalairani Film di Madras. Beliau kemudiannya kembali ke Singapura pada Oktober 1949 dan menjadi Pengarah Filem di Studio Shaw.

 Dato' L. Khishnan mula mengenali P.Ramlee pada tahun 1949 di Malay Film Productions, Jalan Ampas, Singapura. Di antara filem-filem arahan beliau yang turut dibintangi oleh P. Ramlee adalah filem Bakti (1950), Takdir Ilahi (1950), Penghidupan (1951) dan filem Antara  Senyum dan Tangis (1952).

 Pengalaman beliau di dalam bidang perfileman di Shaw Brothers, Cathay Keris dan Studio Merdeka amat luas. Dato L. Khishnan telah bergiat di dalam industri filem lebih dari 45 tahun dan pernah diberi Anugerah P.Ramlee di Festival Malaysia ke -12 pada tahun 1995 dan Anugerah  Galeri Sinema Melayu (Pioneer in the Malay Film Industry) pada tahun 1996.

Majlis Pengkisahan Sejarah Tan Sri P. Ramlee
13 Jun 2000
Memorial Tunku Abdul Rahman.