Dato’ Abdul Ghani Minhat Dato’ Abdul Ghani Minhat

TAN SRI ABDUL GHANI MINHAT
 
Dato' Abdul Ghani Minhat
 
 
1. Maklumat Peribadi    
  i.  Nama : Abdul Ghami bin Minhat
  ii. Tarikh Lahir : 23 Disember 1935
  iii. Tempat Lahir : Rantau, Negeri Sembilan
  iv. Keluarga : Beliau mengahwini Puan Sri Tengku Aishah 
      Tengku Ibrahim  dan dikurniakan empat orang anak
       
2. Pendidikan : Sekolah Princess Road (kini Sekolah Kebangsaan
      Raja Muda)
      Sekolah St. John Kuala Lumpur
       
3. Kerjaya : Pemain Bola Sepak bagi Pasukan Kebangsaan dan
      Pasukan Selangor
       
4. Sumbangan : Membantu skuad Negara menjuarai Pestabola
      Merdeka pada 1958, 1959 dan 1960
       
      Membantu skuad Negara meraih pingat emas,
      Sukan SEAP di Rangoon, Burma pada 1961
       
      Membantu skuad Negara memenangi pingat 
      gangsa Sukan Asia 1962
       
      Membantu skuad Negara menduduki temp
      ke-2 Kejohanan Kelab Asia 1967
       
      Membantu Pasukan Selangor Menjuarai Piala
      Malaysia sebanyak 8 kali
       
      Jurulatih Pasukan Bola Sepak Negeri Selangor
       
      Penasihat Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak
      Selangor (FAS)
       
      Penasihat Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak 
      Negeri Sembilan
       
5.  Anugerah / Darjah : Pingat Ahli Mangku Negara (1967)
  Kebesaran    
      Darjah Indera Mahkota Pahang 
      (D.I.M.P.) (2000)
       
      Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin 
      Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) (2001)
       
      Pingat Jasa Negara (P.J.N)  (2009)
       
      Panglima Setia Mahkota (P.S.M) (2012)
       
      Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik 
      Kebangsaan (1959 dan 1960)
       
      Olahragawan Kebangsaan  (1959)
       
6. Meninggal Dunia :  
  i. Tarikh Meninggal : 28 September 2012
  ii. Tempat Meninggal : Institut Jantung negara
  iii. Sebab - sebab : Sakit Jantung
  iv. Tempat Dikebumi : Tanah Perkuburan Islam USJ 22
       
7. Maklumat Tambahan    
       

Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor walaupun berasal dari Negeri Sembilan. Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu. Kehebatannya Allahyarham di padang menjadikannya sebagai salah seorang lagenda bola sepak Malaysia

 
Mukasurat: 1  2  3