Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’akub Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’akub

Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, mengunjungi Pameran Tamadun Islam Antarabangsa di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 18 Jun 1984.  

Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, merasmikan pembukaan Persidangan Ulama-Ulama Islam Se Malaysia Di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 4 Mac 1969.  Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Bin Hussein dan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Persidangan, Dato Haji Abdul Rahman Yaakub (kanan).

 

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Haji Abdul Rahman Yaakub (kiri) sedang menaikkan bendera baru Negeri Sarawak yang dikibarkan buat pertama kalinya pada tengah malam 30 Ogos 1973 di Padang Kuching. 

Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di lapangan terbang setelah menghadiri persidangan majlis raja-raja yang ke 116 di Kuching, Sarawak.

Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub yang juga pengerusi Barisan Nasional Sarawak bersama dengan Encik Abdul Ghafar Baba dan Dato' Amar Taib (kanan) membalas tepuk sorak dari penyokong-penyokong selepas Dato' Amar Taib Mahmud diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru bagi Sebandi.

Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Dato’ Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Yaakub meletakkan batu asas Masjid Sibu (Masjid Jamek) yang berharga RM6.72 juta di Sibu pada 16 Disember 1981. 

 

Mukasurat: 1  2  3