Dato’ Ahmad Daud Bin Md. Hashim Dato’ Ahmad Daud Bin Md. Hashim

  Dato' Ahmad Daud Bin Md. Hashim dilahirkan di Pulau Pinang (Penang Free School Quarters) pada 13.3.1932. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Perak Road dalam tahun  1942 dan tidak sempat menghabiskan pelajaran sampai darjah 5. Menyambung pelajaran di Francis Light School hingga Standard Five. Beliau kemudian memasuki St. Xaviers Institution dan lulus Junior Cambridge.

  Mula bergiat dalam seni di Pulau Pinang sebagai penyanyi boria Rindu Malam. Banyak memberi tumpuan sebagai penghibur, pengacara dan banyak menimba pengalaman di kelab-kelab malam di Singapura. Filem pertama dibintangi berjudul ‘Siapa Besar' diarahkan oleh Omar Rojik dan beliau dicadangkan menjadi pelakon utama oleh P.Ramlee. Bersama-sama dengan P.Ramlee menyertai Kumpulan Panca Sitara yang terdiri dari Saloma, Ahmad C dan Kassim Masdor. Selepas berpindah ke Kuala Lumpur pernah mengacarakan rancangan Ahmad Daud Show sebanyak 17 siri pada tahun 1974 dan ungkapan beliau menjadi ikutan pada masa itu ialah ‘steady la'.

  Beliau mula mengenali P. Ramlee semasa di Pulau Pinang yang ketika itu masih belajar di Penang Free School dan bapa beliau Encik Md. Hashim merupakan guru kepada P. Ramlee. Oleh kerana P. Ramlee sangat menghormati bapanya, maka dia turut menghargai saudaranya sendiri. Dato'Ahmad Daud menganggap P. Ramlee sebagai serba boleh dan penggantinya mungkin tiada, kerana ‘hanya ada satu P. Ramlee' sahaja baginya.

Tokoh Pengkisahan Sejarah Tan Sri P. Ramlee
25 Mei 1998
Arkib Negara Malaysia