Abdul Aziz Bin Tapa Abdul Aziz Bin Tapa

   Abdul Aziz dilantik sebagai Senator pada bulan Jun 1975 hingga bulan November 1977. Dalam Pilihanraya Umum 1978 Abdul Aziz telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Nyalas dan telah dilantik sebagai Speaker. Dalam Pilihanraya Umum 1982 Abdul Aziz sekali lagi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di Nyalas dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Portfolio Pelajaran, Kebudayaan, Belia dan Sukan sehinggalah beliau bersara pada bulan Ogos 1986. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Penasihat Kebudayaan Kebangsaan (1972-1996), Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1976-1988), Pengerusi Persatuan Pelayang Malaysia (1979-1986) dan Ahli Lembaga Pengarah MARA (1975-1977). Kini beliau memegang jawatan sebagai Bendahari Barisan Nasional Negeri Melaka sejak tahun 1986.

Mukasurat: 1  2